Akal waras & rasionale aku tak pernah dapat nak hadam motif & objektif website macam ni & yang seangkatan dengannya (eg: Oh Bulan!, Oh Bintang!, Oh Bangang!) dicipta. Amenda yang diorang ni dok sembang kat sini ni? Cerita memang karut marut, yang benar dan salah bercampur, spekulasi & propaganda tak payah nak cakap lagilah. Aku hairan, macam mana diorang boleh ada kesanggupan menulis ber'thread'² pasal kelaku buruk orang, yang mungkin diorang sendiri pun tak tau sahih ke tidak.
Aku akur dengan kesilapan orang, tapi takde masa aku nak cerita buruk pasal orang. Aku bukan terpelajar, bukan lulusan Universiti, mungkin cakap orang putih pun bersepah, tapi aku tahu akal aku tak senteng, tak dangkal, tak pendek.
Aku saran orang yang wujudkan website bertunjang gosip caci maki & kroni² cap ayam dia ni, amalkan sikap membaca. Boleh mulakan dengan buku yang bertajuk 'Akhlak Mulia Bermula Dari Rumah' ataupun 'Perukunan Romanise'.
Atau mungkin webmaster tak tau apa-apa pun, atau tak angkat port langsung pasal content. Wallahualam.
Tak masuk akal lah brader! Lu nampak buruk orang, tapi lu rasa mengutuk dekat internet tu tak buruk. Ikut sedaaaappp je nak bercakap. Nasib baik lu anonymous lah, kalau tidak memang gua dah terajang tulang rusuk lu sampai patah.
1st of all, lu mengajar berapa juta rakyat Melayu Malaysia untuk fikir senteng macam lu.
2nd of all, lu kasi impact pada bangsa lain yang Melayu ni memang bangsat macam lu.
3rd of all, gua memang tak suka orang bodoh yang menyibuk macam lu.
4th of all, gua rasa Fir'aun pun tak bongkak macam lu.
Aku ada lagi 459 alasan yang munasabah, tapi sebab aku tahu kau tak berapa bijak, cukuplah aku kasi 4 je. Aku menulis bukan sebab marah sahaja, tapi aku penat. Aku & kawan² kerja siang malam, banting tulang, sama macam orang lain,tapi janganlah sampai spender color apa aku pakai pun kau sibuk nak tahu. Take it easy la bro!
Lu jaja aib orang, lepas tu lu susul dengan fatwa agama, syari'at mana lu ikut ni?
Lu rasa dalam Feqah ada membenarkan perbuatan mengutuk dan menghina?
Cakap biar lapik, biar ada hormat, baru orang tak ludah lu.
Jangan randuk macam lembu kena jentik telur.
Sudah² lah mencaci hina orang, tak ada beza pun lu & gua. Lu mati pun kena soal-siasat juga nanti, lu bukan exceptional pun.
Gua suggest, lu duduk fikir & membaca, mulakan dengan kitab 'Sifat 20'. Bawa²lah kenal diri brader.
Hidup bukan untuk menyukat pahala & dosa bro! Hidup untuk mengenal!
tOTellYDEdiCATED=DAK2 TAk pUaS aTY nAN aQUh!
No comments:
Post a Comment